Saturday, 17 May 2008

Penginapan Di London


Home & Away Guest House
Denzil Road, Willesden, London, NW10 2UY
(Northwest London - Zone 3),


* 10 minit dari M1, 30 minit dari Heathrow Airport,
60 minit dari Stansted Airport;
* 5 minit jalan kaki dari underground station (Dollis Hill - Jubilee line);
* 5 minit ke Wembley Stadium, 15 minit ke Madamme Tussaud,
20 minit ke Oxford St, 25 minit ke Westminster.

Memang ramai orang kita, samada pelawat dari tanahair yang datang melancung atau untuk short course maupun pelajar di UK datang bertandang ke London. Apatah lagi sekarang AirAsia telah mula menyerang UK. London merupakan bandaraya yang wajib dikunjung sekiranya mereka datang ke negara ini. Tidak sah kedatangan mereka sekiranya tidak bergambar dengan mana-mana mercu tanda di kota London.

Apa yang menjadi masalah besar bagi pengunjung London ialah mendapatkan tempat penginapan yang bersesuaian di segi harga maupun kemudahan lain.

Kelebihan tempat penginapan yang saya offer:

1. Kadar sewa yang berpatutan. Jauh lebih murah dari hotel dan standard b&b.

2. Kemudahan memasak disediakan - dapur, periuk, rice cooker, pinggan, garam, minyak masak dan sebahagian rempah. Cuma perlu beli bahan utama memasak seperti beras, lauk dan sayur. Ini juga tentunya dapat menjimatkan kos makanan. Anda makan sebagaimana di tanahair. Tidak perlu bergantung kepada maggi sebagaimana yang biasa berlaku di kalangan mereka yang menginap di hotel.

3. Kedai-kedai daging dan makanan halal hanya walking distance dari tempat kediaman. Kalau anda ingin rehatkan diri dari dapur, terdapat banyak restoran dan take away berdekatan. Banyak pilihan yang halal, samada yang anda cari itu kari, pizza, kebab, fish&chips, semuanya tidak sampai sepernanak nasi dari rumah. Malah mereka boleh deliver ke pintu rumah.

4. Kemudahan membasuh pakaian juga disediakan. Tidak perlu membasuh pakaian di laundry yang agak mahal, atau recycle pakaian yang dipakai.

5. Kemudahan wireless internet disediakan dengan percuma. Walaupun anda berada di London, anda tidak terpisah dari dunia lain.

6. Mudah untuk mendapat panduan dan bantuan tentang tempat yang mahu diziarahi di London dan sebagainya.

7. Anda berada di rumah orang Melayu Islam. Tuntutan-tuntutan yang dikehendaki agama diperhatikan.

Kesimpulannya, walau berada di London, anda akan terasa seolah-olah berada di rumah sendiri, less pembantu rumah dan all those luxuries.
*

Makluman Tempat Penginapan


Where?
Willesden (Northwest London - Zone 3), 10 minit dari M1 dan Wembley, 20 minit dari Central London, 30 minit dari Heathrow, berhampiran dengan underground station (Dollis Hill – Jubilee Line)


What?

Ia berupa rumah teres dua tingkat. Empat bilik disewakan secara berasingan, paling singkat satu malam, paling lama, selama-lamanya. Setiap bilik boleh menempatkan tiga orang dewasa dengan comfortable. Sesuai juga untuk rombongan berkeluarga.

Kemudahan memasak disediakan, termasuk peralatan dan bahan asas memasak seperti minyak, garam dsb. Kemudahan membasuh turut disediakan.

Bagi yang membawa atau menyewa kereta, visitor’s parking permit akan disediakan. Kos £1 sehari. (Perlu digunakan hari minggu, jam 8.30am – 6.30pm)

Why?

Kadar sewa yang berpatutan. Sewa per room per night untuk dua orang tetamu berkongsi (£5 extra dikenakan untuk setiap tetamu tambahan, per night. Single occupancy, less £5) :

Master/family bedroom – satu katil double disediakan. (Tilam tambahan disediakan kalau tetamu lebih dua orang). £35.
Regular room – satu katil dua tingkat, tingkat bawah double, atas single disediakan. £30.
Emergency room (ER) – tilam tanpa katil disediakan. £25.

Standard check-in time selepas 2pm, check-out sebelum 12 noon. Walau bagaimanapun ia flexible, bergantung kepada availability dan subject to extra charges. Surcharge £10 dikenakan untuk penginapan satu malam sahaja.


How?

Untuk maklumat lanjut dan reservation, sila hubungi Ahmad :

Tel 1 : +44-7733-037997 (Vodafone);

Tel 2 : +44-7536-120666 (Lycamobile);

E-Mail : tinggal247@yahoo.com~

*

Pandu Arah ke Tempat Penginapan

Hala tuju : DENZIL ROAD, WILLESDEN, LONDON NW10 2UY
(Nombor rumah dimaklumkan semasa booking)
Anda dinasihatkan untuk membeli Oyster Card sebelum menaiki mana-mana London transport.



1. Kalau anda menaiki underground, station terdekat ialah Dollis Hill station, Jubilee line. Dari station ke rumah:

Keluar dari ticket barrier, ambil lorong kiri.

Exit stesyen ini terletak di selekoh Chapter Road.

Terus berjalan ke hadapan (jangan belok kiri) hingga ke jalan utama, Dudden Hill Lane. Lintas jalan tersebut, ambil kanan. Jalan yang pertama di sebelah kiri ialah Denzil Road. Landmark utama ialah North West London College.

Tempat penginapan terletak kira-kira 200 meter ke dalam, sebelah kiri jalan.

2. Dari Heathrow Airport:
Piccadilly line ke Green Park kemudian Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.

3. Dari Gatwick Airport:
Ambil train ke London Bridge kemudian Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.

4. Dari Stanstead Airport:
Ambil coach National Express ke London. Berhenti di Finchley Road station. Ambil Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.

5. Dari Luton Airport:
Ambil train kampung (bukan express) ke arah London, berhenti di Cricklewood train station. Lintas jalan, ambil bas 226. Kira-kira 15 minit jumpa North West London College di sebelah kanan. Berhenti di bus stop sejurus selepas college. Lintas jalan, turn right. First left ialah Denzil Road. Tempat penginapan kira-kira 200 meter ke dalam, sebelah kiri.

6. Dari National Express Coach Station:
Berjalan kaki, kira-kira 400 meter ke Victoria underground station. Ambil Victoria line ke Green Park, atau District line ke Westminster. Selepas itu Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.
.
7. Dari Golders Green (bagi yang menaiki National Express dari utara, advisable turun di sini instead of Victoria):
Ambil bas 226 dari bus stop GB towards Ealing Broadway. Kira-kira 30 minit jumpa North West London College di sebelah kanan. Berhenti sejurus selepas college. Lintas jalan, turn right. First left ialah Denzil Road. Tempat penginapan kira-kira 200 meter ke dalam, sebelah kiri.

8. Dari mana-mana main line train stations:
Ambil underground ke Dollis Hill station, Jubilee line. Kemudian ikut pandu arah 1.

9. Berkereta:
Sila dapatkan Tomtom anda di kedai kalau masih belum memilikinya. Alternatively boleh guna Google atau dapatkan pandu arah dari http://www.multimap.com/, dengan memasukkan poskod NW10 2UY.
.
10. Berjalan kaki:
Betul ke nak exercise ni?
*
*
PETA KEDUDUKAN GUEST HOUSE ANDA
Denzil Road terletak di antara Dollis Hill dan Neasden stations. Kedua-duanya Jubilee line. Rumah di bahagian tengah Denzil Road. Selamat mencari.
*

Around The Corner

Restoran dan Takeaway Halal

1. Zam’s Fried Chicken – 95 Dudden Hill Lane
2. Shanasheel Restaurant – 307 High Road, Willesden
3. Grill King – 283 High Road, Willesden
4. Sam's Chicken - 439 High Road, Willesden
5. Zam’s Fried Chicken – 281 High Road, Willesden
6. Pizza Inn - 208 High Road, Willesden
7. Kadiri’s Indian Cuisine – 26 High Road, Willesden


Halal Butcher

1. Shahid Halal Butchers – 175 High Road, Willesden
2. London Halal Meat – 102 High Road, Willesden


Asian Grocers

1. Food Land – 264 High Road, Willesden
2. GP Cash & Carry – 214 High Road, Willesden
3. Wing Yip - 395 Edgware Road, Cricklewood, London NW2 6LN


Supermarket

1. Sainsbury’s – High Road, Willesden
2. Asda – Forty Lane, Wembley Park, Middlesex HA9 9EX
3. Lidl – Blackbird Hill, London NW9 8SD


Miscellaneous

1. Q&A Launderette – 85 Dudden Hill Lane
2. Tec Dry Cleaners – 71 Dudden Hill Lane
3. Oyster Card : Premier Food – 75 Dudden Hill Lane
4. Cheetah Minicab 020-84592525 – 296 High Road, Willesden
5. Online System Cyber Cafe – 243 High Road, Willesden
6. E-Comstore Cyber Cafe – 238 High Road, Willesden
7. Hair by Golden Fingers - 230 High Road, Willesden
8. Willesden Green Library – 95 High Road, Willesden
9. Post Office – 78 High Road, Willesden
10. Edgar’s Pharmacy – 252 High Road, Willesden


Masjid

1. Central Mosque of Brent, Station Parade, Willesden Green, London NW2 4PU
2. Cricklewood Mosque, 33a Howard Road, Cricklewood, London NW2 6DS
3. Afghan Islamic Cultural Centre, 212-214 Church Road, Willesden, London NW10 9NP
*

Melancung ke UK - Beberapa Tips

1. Cuba elak dari datang melancung ke UK pada masa cuti sekolah di sini. Dengan itu anda tidak perlu berebut dengan penduduk tempatan di tempat-tempat tarikan pelancung. Tempat penginapan ini juga biasanya penuh di masa cuti, kecuali cuti musim panas. Tarikh cuti sekolah: 17 Julai-7 September 2009, 23 October-1 November 2009, 18 Disember-4 Januari 2010, 12-21 Februari 2010, 1-19 April 2010, 28 May-7 June 2010, 23 Julai-7 September 2010.

2. Perlu berhati-hati dengan tarikh tiket especially tiket pulang dengan Air Asia waktu tengah malam. Ada guest lihat tiket pulangnya hari Jumaat jam 01:45. Dia tersilap faham flightnya hari Jumaat malam Sabtu. Rupa-rupanya hari Khamis malam Jumaat. Beliau terpaksa beli tiket lain yang lebih mahal dan flight pulang delay sehari.

3. Pertukaran wang UK maupun Euro lebih baik dilakukan di tanahair kerana secara umumnya rate lebih competitive.

4. Bagi menjimatkan komunikasi secara telefon sewaktu berada di sini, anda dianjurkan untuk membeli simcard UK instead of roaming. Saya recommend simcard Lycamobile. Kosnya antara £0-£2, bergantung di mana anda membelinya. Kemudian anda boleh top-up. £5 top-up sudah memadai melainkan anda a heavy user. Call antara lycamobile adalah percuma up to 20 minutes per call, dan subject to 10p fee (http://www.lycamobile.com/). So anda boleh call salah satu nombor h/p saya (07536-120666) almost free of charge. Call charges ke Malaysia dengan simcard ini hanya 5p a minute.

5. Officially, products yang berasal dari daging dan ikan tidak boleh dibawa masuk ke UK. Unofficially, pegawai kastam di sini jarang memeriksa barang yang dibawa masuk bila anda melalui green lane. Mereka tidaklah strict seperti kastam di Australia. Bolehlah bawa sambal daging, keropok ikan, lauk-pauk Brahim, minuman 3-in-1 dan sebagainya. Kalau tak mahu guna, boleh wakafkan di tempat penginapan.

6. Service minicab (taxi yang guna kereta biasa) di sini agak senang diperolehi. Rate mereka jauh lebih murah dari black taxi yang tunggu di luar pintu airport dan di tengah bandaraya London. Bezanya black taxi boleh ambil passenger on the road manakala anda perlu tempah minicab dengan menelefon minicab office. Bagi tetamu yang datang ke tempat penginapan, local minicab office offer service airport pick-up. Kalau anda datang ramai, kos public transport dan minicab ini tidak jauh berbeza. No telefon salah satu local minicab office yang berhampiran dengan guest house : 020-84503000. Terdapat sticker 'Private Hire' pada kereta minicab.

7. Kebiasaan orang kita berbeza dengan orang di sini. Sendawa dan tersedu umpamanya dipandang mengaibkan oleh orang British. Jangan buat-buat sendawa di kedai makan mereka walau dengan niat memuji makanan mereka sedap. Mereka lihat action saja, bukan niat. Sewaktu membeli dua benda umpamanya, kita biasa tunjuk dua jari (macam tanda ‘peace’ tetapi tapak jari menghala ke arah kita). Sign tersebut sebenarnya mencarut. Rahsianya boleh tanya saya nanti, kalau anda tak tahu. Tidak tergamak tulis kat sini. Penggunaan perkataan ‘please’, 'thank you', ‘excuse me’, ‘sorry’ dan seumpamanya elok dipergiatkan di sini.

8. Dalam satu survey berkenaan tabiat mandi orang di UK yang baru dilakukan, ia mendapati separuh dari penduduk UK mandi 3 hari sekali. So kalau anda datang sini dan mandi hanya sekali sehari instead of 3 kali sehari, jangan rasa rendah diri. Jarang rumah di UK yang mempunyai ensuite bathroom seperti di Malaysia, antara sebabnya tabiat mandi yang berbeza.
.
.

London Transport - Beberapa Tips


1. Cara paling mudah dan murah untuk travel dengan public transport di London ialah dengan menggunakan Oyster card (OC).

2. OC merupakan sejenis smart card. Anda perlu bayar £3 refundable deposit dan isikan OC dengan credit pay as you go dan/atau travelcard untuk seminggu atau lebih. Ia boleh dibeli dan di top-up di mana-mana stesen underground dan kedai-kedai yang mempunyai lambang OC.

3. Anda mesti touch in pada reader kuning semasa memulakan perjalanan dan touch out di akhir perjalanan dengan tube, DLR, London Overground dan sebahagian National rail. Kalau dengan bas atau tram, hanya perlu touch in sahaja. Credit yang ada dalam OC akan ditolak berdasarkan kadar diskaun, berbanding bayar dengan tunai. Anda akan didenda secara automatik sekiranya tidak touch in atau touch out.

4. Caj untuk travel single journey dengan tube dalam zon 1 ialah £4 dengan tunai. Kalau menggunakan OC, kosnya £1.60.

5. Bas mempunyai flat rate samada anda travel dekat atau jauh. Rate pembayaran dengan cash ialah £2 manakala dengan OC £1. Sekiranya anda menaiki bas sahaja dengan menggunakan OC, maximum kredit yang akan ditolak dari OC dalam sehari (4.30am ke 4.30am next day) ialah £3.30. Bus pass untuk sehari ialah £3.80.

6. Sekiranya anda travel dengan menggunakan tube sahaja atau tube dan bas selepas jam 9.30am weekday, sepanjang hari weekend, maximum credit yang akan ditolak ialah £5.80 kalau anda travel dalam zon 1-4. Kos one day travelcard untuk zon 1-4 ialah £6.30.

7. Kos menaiki tube dari Heathrow ke Dollis Hill, station underground yang paling hampir dengan tempat penginapan, ialah £2 kalau anda menggunakan OC. Tanpa OC, kosnya ialah £4.

8. Deposit OC serta baki yang ada boleh dituntut di mana-mana station underground setelah anda menamatkan penggunaannya.

9. Kanak-kanak usia kurang 10 tahun boleh travel dengan percuma sekiranya ditemani oleh orang dewasa. Kanak-kanak antara usia 11-16 tahun yang travel dengan orang dewasa hanya perlu membeli one day travelcard kos £1. Kadarnya lebih mahal sekiranya travel sendiri.

10. Makluman lanjut di http://www.tfl.gov.uk/.
*

Day Trips

a) London
1. Centre of Attention 1 - Parliament, Big Ben, London Eye, London Aquarium, Westminster Abbey, Buckingham Palace, St James' Park, Horse Guards, Trafalgar Square.
2. Centre of Attention 2 - Regents Park Mosque, Regents Park, Madamme Tussaud, British Library, British Museum.
3. Pandang ke Timur - Tower Bridge, Tower of London, Greenwich.
4. Back to the Past - Natural History Museum, Science Museum, Victoria & Albert Museum, Royal Albert Hall, Harrods.
5. Shopping spree - Oxford Street, Brent Cross, Portobello Market, Wembley Market.

b) Sekitar London
1. Windsor Castle, Stonehenge, Bath
2. Brighton, Beachy Head, Eastbourne
3. Southend-on-Sea
4. Theme Parks - Legoland, Thorpe Park, Chessington
5. Paris - ambil keretapi Eurostar (www.eurostar.com) awal pagi, around 5.30am. Perjalanan ke Paris mengambil masa 2 jam suku. Sempat ke Eiffel Tower, Arch de Triumph, Masjid Paris dan beberapa tempat lagi sebelum pulang ke London di sebelah malam. Boleh lunch kebab di sebuah restoran berhampiran Masjid Paris.

Berkereta di London

1. Lesen Malaysia boleh digunakan di UK selama setahun. Selepas itu perlu ambil lesen British. International licence diperlukan kalau anda travel ke continental Europe.

2. Agak convenient untuk membawa atau menyewa kereta di London, especially kalau travel ramai atau kalau ada senior atau junior citizen dalam group anda. Saya boleh uruskan penyewaan kereta untuk guest. Kereta biasa seperti Vauxhall Astra, Corsa boleh dapat sekitar £30 per day. 7-seater, Vauxhall Zafira pula £35 per day. Sewa ini agak murah considering insurance excess, hence deposit, hanya £100. Tempat lain biasanya £500.

3. Parking restriction terdapat di kebanyakan kawasan di central London, termasuk tempat penginapan. Di kawasan ini umpamanya, parking permit diperlukan untuk meletak kereta antara 8.30am hingga 6.30pm weekdays. Kos untuk guest £1 per day. Kalau bayar di parking meter £1 hanya untuk 40 minit dan hanya boleh letak kereta selama 4 jam.

4. Congestion charge dikenakan kalau memasuki pusat kota London weekdays antara jam 7am hingga 6pm. Rate £8 per day. Peta kawasan terdapat di http://www.tfl.gov.uk/tfl/roadusers/congestioncharge/whereandwhen/

5. Kos parking di city centre antara £1-£5 per hour, bergantung kawasan. Biasanya parking di meter free hari Sabtu selepas 1.30pm dan whole day Sunday. Anda boleh juga park di single yellow line pada masa tersebut.

6. Perhatikan sign post untuk parking restriction di kawasan residents di city centre. Parking di residential area berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain. Area Malaysian Hall contohnya parking restriction adalah setiap hari termasuk weekend sehingga jam 10pm. Ramai tidak perasan restriction ini sehingga terpaksa bayar denda £60 (kalau bayar selepas 2 minggu menjadi £120).

7. Satu lagi potensi dapat anugerah denda ialah dengan memandu di bus lane. Secara umumnya bus lane berfungsi antara jam 7-10am dan 4-7pm pada hari weekdays. Tetapi ada juga bus lane yang berkuat-kuasa setiap masa. Perlu perhatikan sign post di awal bus lane untuk tahu masa lane itu berfungsi. Denda £120 dikenakan kepada sesiapa yang merasakan keretanya itu bas. Denda ini dikurangkan menjadi £60 sekiranya dibayar dalam masa dua minggu.

8. Undang-undang jalan raya di UK lebih kurang Malaysia. Cuba elak dari parking di double line, zigzag line yang terdapat berhampiran pedestrian crossing, dan red lines samada single atau double. Zig-zag dan red lines adalah kes polis, bukan di bawah local council seperti yellow lines. Kalau anda berhenti di situ, polis yang akan bermain mata dengan anda, bukannya traffic warden.

9. Di simpang empat, traffic light hijau untuk jalan anda dan jalan dari hadapan anda. So perlu berhati-hati kalau membelok ke kanan.

10. Soalan yang biasa saya dapat berkenaan kereta di UK ialah kenapa ada plate kereta warna putih, ada warna kuning. Jawapannya, plate putih di hadapan, plate kuning di belakang kereta.

11. Saya boleh pinjamkan satnav kepada guest, subject to availability. Memandu di London dan UK mudah sahaja berbanding dengan negara lain termasuk Malaysia. Anda akan mampu untuk explore UK dengan lebih lagi kalau berani memberanikan diri. Panduan asas saya boleh berikan apabila tiba di sini nanti.

Foto Tempat Penginapan

Guest house terletak di deretan rumah-rumah teres ini. Book dahulu baru tahu mana satu. Arch Stadium Wembley kelihatan di belakang sana. Guests yang datang pada hari Ahad akan berpeluang untuk bershopping di Wembley Market yang masyhur itu.


A. Bilik Master/Family
Bilik master merupakan bilik yang paling besar di tempat penginapan, satu setengah kali ganda bilik regular. Sebuah katil double terdapat di dalam bilik ini. Tilam double dan/atau tilam single disediakan untuk tetamu tambahan.
Selain daripada wardrobe dan chest drawer, TV, kerusi rehat dan meja tulis disediakan di dalam bilik master ini.

B. Bilik Regular
Terdapat dua bilik regular di tempat penginapan. Kedua-duanya mempunyai satu katil dua tingkat. Tingkat bawah double, tingkat atas single. Wardrobe dan meja tulis juga disediakan.

C. Bilik Emergency
Bagi yang kurang bernasib baik, anda boleh menginap di ER, emergency room, bilik emergency. Satu atau dua tilam double disediakan. Di samping TV, empat book shelves, floor to ceiling, terdapat di dalam bilik ini. Pelbagai jenis buku yang dapat memenuhi cita rasa anda, termasuk buku masakan, boleh diperolehi di sini.

D is for Dapur
Tempat penginapan mempunyai dapur/diner yang lebih besar than average. Dua buah meja makan dapat accommodate 10 orang tetamu. Selain daripada peralatan memasak, TV dan mesin basuh juga terdapat di sini. Boleh buat macam rumah sendiri, cuma kena bayar sewa sahaja.
*

Foto Sekitar Tempat Penginapan

Under construction.
 
Free counter and web stats