Sunday 10 October 2010

Berkereta di London

1. Lesen Malaysia boleh digunakan di UK selama setahun. Selepas itu perlu ambil lesen British. International licence biasanya diperlukan kalau anda travel ke continental Europe.

2. Agak convenient untuk membawa atau menyewa kereta di London, especially kalau travel ramai atau kalau ada senior atau junior citizen dalam group anda. Boleh cuba http://www.thrifty.co.uk/ dan http://www.enterprise.co.uk/. Pilih branches mereka di West Hampstead, London.

3. Parking restriction terdapat di kebanyakan kawasan di central London, termasuk tempat penginapan. Di kawasan ini umpamanya, parking permit diperlukan untuk meletak kereta antara 8.30am hingga 6.30pm weekdays. Kos untuk guest £2 per day. Kalau bayar di parking meter £1 hanya untuk 40 minit dan hanya boleh letak kereta selama 4 jam, kos £6.

4. Congestion charge dikenakan kalau memasuki pusat kota London weekdays antara jam 7am hingga 6pm. Rate £8 per day. Peta kawasan terdapat di http://www.tfl.gov.uk/tfl/roadusers/congestioncharge/whereandwhen/

5. Kos parking di city centre antara £1-£5 per hour, bergantung kawasan. Biasanya parking di meter free hari Sabtu selepas 1.30pm dan whole day Sunday. Anda boleh juga park di single yellow line pada masa tersebut.

6. Perhatikan sign post untuk parking restriction di kawasan residents di city centre. Parking di residential area berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain. Area Malaysian Hall contohnya parking restriction adalah setiap hari termasuk weekend sehingga jam 10pm. Ramai tidak perasan restriction ini sehingga terpaksa bayar denda £60 (kalau bayar selepas 2 minggu menjadi £120).

7. Satu lagi potensi dapat anugerah denda ialah dengan memandu di bus lane. Secara umumnya bus lane berfungsi antara jam 7-10am dan 4-7pm pada hari weekdays. Tetapi ada juga bus lane yang berkuat-kuasa setiap masa. Perlu perhatikan sign post di awal bus lane untuk tahu masa lane itu berfungsi. Denda £120 dikenakan kepada sesiapa yang merasakan keretanya itu bas. Denda ini dikurangkan menjadi £60 sekiranya dibayar dalam masa dua minggu.

8. Undang-undang jalan raya di UK lebih kurang Malaysia. Cuba elak dari parking di double line, zigzag line yang terdapat berhampiran pedestrian crossing, dan red lines samada single atau double. Zig-zag dan red lines adalah kes polis, bukan di bawah local council seperti yellow lines. Kalau anda berhenti di situ, polis yang akan bermain mata dengan anda, bukannya traffic warden.

9. Di simpang empat, traffic light hijau untuk jalan anda dan jalan dari hadapan anda. So perlu berhati-hati kalau membelok ke kanan.

10. Soalan yang biasa saya dapat berkenaan kereta di UK ialah kenapa ada plate kereta warna putih, ada warna kuning. Jawapannya, plate putih di hadapan, plate kuning di belakang kereta.

11. Saya boleh pinjamkan satnav kepada guest, subject to availability. Memandu di London dan UK mudah sahaja berbanding dengan negara lain termasuk Malaysia. Anda akan mampu untuk explore UK dengan lebih lagi kalau berani memberanikan diri. Panduan asas saya boleh berikan apabila tiba di sini nanti.

No comments:

 
Free counter and web stats