Saturday, 17 May 2008

Melancung ke UK - Beberapa Tips

1. Cuba elak dari datang melancung ke UK pada masa cuti sekolah di sini. Dengan itu anda tidak perlu berebut dengan penduduk tempatan di tempat-tempat tarikan pelancung. Tempat penginapan ini juga biasanya penuh di masa cuti, kecuali cuti musim panas. Tarikh cuti sekolah: 17 Julai-7 September 2009, 23 October-1 November 2009, 18 Disember-4 Januari 2010, 12-21 Februari 2010, 1-19 April 2010, 28 May-7 June 2010, 23 Julai-7 September 2010.

2. Perlu berhati-hati dengan tarikh tiket especially tiket pulang dengan Air Asia waktu tengah malam. Ada guest lihat tiket pulangnya hari Jumaat jam 01:45. Dia tersilap faham flightnya hari Jumaat malam Sabtu. Rupa-rupanya hari Khamis malam Jumaat. Beliau terpaksa beli tiket lain yang lebih mahal dan flight pulang delay sehari.

3. Pertukaran wang UK maupun Euro lebih baik dilakukan di tanahair kerana secara umumnya rate lebih competitive.

4. Bagi menjimatkan komunikasi secara telefon sewaktu berada di sini, anda dianjurkan untuk membeli simcard UK instead of roaming. Saya recommend simcard Lycamobile. Kosnya antara £0-£2, bergantung di mana anda membelinya. Kemudian anda boleh top-up. £5 top-up sudah memadai melainkan anda a heavy user. Call antara lycamobile adalah percuma up to 20 minutes per call, dan subject to 10p fee (http://www.lycamobile.com/). So anda boleh call salah satu nombor h/p saya (07536-120666) almost free of charge. Call charges ke Malaysia dengan simcard ini hanya 5p a minute.

5. Officially, products yang berasal dari daging dan ikan tidak boleh dibawa masuk ke UK. Unofficially, pegawai kastam di sini jarang memeriksa barang yang dibawa masuk bila anda melalui green lane. Mereka tidaklah strict seperti kastam di Australia. Bolehlah bawa sambal daging, keropok ikan, lauk-pauk Brahim, minuman 3-in-1 dan sebagainya. Kalau tak mahu guna, boleh wakafkan di tempat penginapan.

6. Service minicab (taxi yang guna kereta biasa) di sini agak senang diperolehi. Rate mereka jauh lebih murah dari black taxi yang tunggu di luar pintu airport dan di tengah bandaraya London. Bezanya black taxi boleh ambil passenger on the road manakala anda perlu tempah minicab dengan menelefon minicab office. Bagi tetamu yang datang ke tempat penginapan, local minicab office offer service airport pick-up. Kalau anda datang ramai, kos public transport dan minicab ini tidak jauh berbeza. No telefon salah satu local minicab office yang berhampiran dengan guest house : 020-84503000. Terdapat sticker 'Private Hire' pada kereta minicab.

7. Kebiasaan orang kita berbeza dengan orang di sini. Sendawa dan tersedu umpamanya dipandang mengaibkan oleh orang British. Jangan buat-buat sendawa di kedai makan mereka walau dengan niat memuji makanan mereka sedap. Mereka lihat action saja, bukan niat. Sewaktu membeli dua benda umpamanya, kita biasa tunjuk dua jari (macam tanda ‘peace’ tetapi tapak jari menghala ke arah kita). Sign tersebut sebenarnya mencarut. Rahsianya boleh tanya saya nanti, kalau anda tak tahu. Tidak tergamak tulis kat sini. Penggunaan perkataan ‘please’, 'thank you', ‘excuse me’, ‘sorry’ dan seumpamanya elok dipergiatkan di sini.

8. Dalam satu survey berkenaan tabiat mandi orang di UK yang baru dilakukan, ia mendapati separuh dari penduduk UK mandi 3 hari sekali. So kalau anda datang sini dan mandi hanya sekali sehari instead of 3 kali sehari, jangan rasa rendah diri. Jarang rumah di UK yang mempunyai ensuite bathroom seperti di Malaysia, antara sebabnya tabiat mandi yang berbeza.
.
.

0 comments:

 
Free counter and web stats