Sunday, 10 October 2010

Penginapan Di London




***Press Release***
Homestay sudah tidak lagi beroperasi. Harap maaf.

Airport Transfer dan Lawatan Day Trip ke
Stonehenge, Bicester Village, Windsor Castle
dan lain-lain boleh diaturkan.
Sila email day.trips@yahoo.com
untuk makluman lanjut.
**********
Memang ramai orang kita, samada pelawat dari tanahair yang datang melancung atau untuk short course maupun pelajar di UK datang bertandang ke London. Apatah lagi sekarang AirAsia telah mula menyerang UK. London merupakan bandaraya yang wajib dikunjung sekiranya mereka datang ke negara ini. Tidak sah kedatangan mereka sekiranya tidak bergambar dengan mana-mana mercu tanda di kota London.

Apa yang menjadi masalah besar bagi pengunjung London ialah mendapatkan tempat penginapan yang bersesuaian di segi harga maupun kemudahan lain.

Kelebihan tempat penginapan yang saya offer:

1. Kadar sewa yang berpatutan. Jauh lebih murah dari hotel dan standard b&b.

2. Kemudahan memasak disediakan - dapur, periuk, rice cooker, pinggan, garam, minyak masak dan sebahagian rempah. Cuma perlu beli bahan utama memasak seperti beras, lauk dan sayur. Ini juga tentunya dapat menjimatkan kos makanan. Anda makan sebagaimana di tanahair. Tidak perlu bergantung kepada maggi sebagaimana yang biasa berlaku di kalangan mereka yang menginap di hotel.

3. Kedai-kedai daging dan makanan halal hanya walking distance dari tempat kediaman. Kalau anda ingin rehatkan diri dari dapur, terdapat banyak restoran dan take away berdekatan. Banyak pilihan yang halal, samada yang anda cari itu kari, pizza, kebab, fish&chips, semuanya tidak sampai sepernanak nasi dari rumah. Malah mereka boleh deliver ke pintu rumah.

4. Kemudahan membasuh pakaian juga disediakan. Tidak perlu membasuh pakaian di laundry yang agak mahal, atau recycle pakaian yang dipakai.

5. Kemudahan wireless internet disediakan dengan percuma. Walaupun anda berada di London, anda tidak terpisah dari dunia lain.

6. Mudah untuk mendapat panduan dan bantuan tentang tempat yang mahu diziarahi di London dan sebagainya.

7. Anda berada di rumah orang Melayu Islam. Tuntutan-tuntutan yang dikehendaki agama diperhatikan.

Kesimpulannya, walau berada di London, anda akan terasa seolah-olah berada di rumah sendiri, less pembantu rumah dan all those luxuries.
*

Melancung ke UK - Beberapa Tips

1. Cuba elak dari datang melancung ke UK pada masa cuti sekolah di sini. Dengan itu anda tidak perlu berebut dengan penduduk tempatan di tempat-tempat tarikan pelancung. Tempat penginapan ini juga biasanya penuh di masa cuti, kecuali cuti musim panas. Tarikh cuti sekolah: 18 Disember 2010- 3 Januari 2011, 19-27 Februari 2011, 9-25 April 2011, 28 Mei-5 Jun 2011, 23 Julai-4 September 2011.

2. Masa yang ideal untuk ke UK ialah bulan Mei/Jun. Cuaca agak nyaman, banyak aktiviti termasuk fruit picking dan car boot sale boleh dilakukan, siang hari panjang (5am-9pm) dan tiket kapal terbang tidak semahal Julai/Ogos.

3. Pertukaran wang UK maupun Euro lebih baik dilakukan di tanahair kerana secara umumnya rate lebih competitive.

4. Bagi menjimatkan komunikasi secara telefon sewaktu berada di sini, anda dianjurkan untuk membeli simcard UK instead of roaming. Saya recommend simcard Lycamobile. Kosnya antara £0-£2, bergantung di mana anda membelinya. Kemudian anda boleh top-up. £5 top-up sudah memadai melainkan anda a heavy user. Ada free minutes untuk calls sesama lycamobile, bergantung kepada harga top-up. So anda boleh call salah satu nombor h/p saya (07404-068704) almost free of charge. Call charges ke Malaysia dengan simcard ini hanya 1p a minute ke fixed lines, 4p ke handphone. Latest tariff dan makluman lanjut di www.lycamobile.com.

5. Officially, products yang berasal dari daging dan ikan tidak boleh dibawa masuk ke UK. Unofficially, pegawai kastam di sini jarang memeriksa barang yang dibawa masuk bila anda melalui green lane. Mereka tidaklah strict seperti kastam di Australia. Bolehlah bawa sambal daging, keropok ikan, lauk-pauk Brahim, minuman 3-in-1 dan sebagainya. Kalau tak mahu guna, boleh wakafkan di tempat penginapan.

6. Service minicab (taxi yang guna kereta biasa) di sini agak senang diperolehi. Rate mereka jauh lebih murah dari black taxi yang tunggu di luar pintu airport dan di tengah bandaraya London. Bezanya black taxi boleh ambil passenger on the road manakala anda perlu tempah minicab dengan menelefon minicab office. Bagi tetamu yang datang ke tempat penginapan, local minicab office offer service airport pick-up. Kalau anda datang ramai, kos public transport dan minicab ini tidak jauh berbeza. No telefon salah satu local minicab office yang berhampiran dengan guest house : 020-84503000. Terdapat sticker 'Private Hire' pada kereta minicab.

7. Kebiasaan orang kita berbeza dengan orang di sini. Sendawa dan tersedu umpamanya dipandang mengaibkan oleh orang British. Jangan buat-buat sendawa di kedai makan mereka walau dengan niat memuji makanan mereka sedap. Mereka lihat action saja, bukan niat. Sewaktu membeli dua benda umpamanya, kita biasa tunjuk dua jari (macam tanda ‘peace’ tetapi tapak jari menghala ke arah kita). Sign tersebut sebenarnya mencarut. Rahsianya boleh tanya saya nanti, kalau anda tak tahu. Tidak tergamak tulis kat sini. Penggunaan perkataan ‘please’, 'thank you', ‘excuse me’, ‘sorry’ dan seumpamanya elok dipergiatkan di sini.

8. Dalam satu survey berkenaan tabiat mandi orang di UK yang baru dilakukan, ia mendapati separuh dari penduduk UK mandi 3 hari sekali. So kalau anda datang sini dan mandi hanya sekali sehari instead of 3 kali sehari, jangan rasa rendah diri. Jarang rumah di UK yang mempunyai ensuite bathroom seperti di Malaysia, antara sebabnya tabiat mandi yang berbeza.
.
.

London Transport - Beberapa Tips


1. Cara paling mudah dan murah untuk travel dengan public transport di London ialah dengan menggunakan Oyster card (OC).

2. OC merupakan sejenis smart card. Anda perlu bayar £3 refundable deposit dan isikan OC dengan credit pay as you go dan/atau travelcard untuk seminggu atau lebih. Ia boleh dibeli dan di top-up di mana-mana stesen underground dan kedai-kedai yang mempunyai lambang OC.

3. Anda mesti touch in pada reader kuning semasa memulakan perjalanan dan touch out di akhir perjalanan dengan tube, DLR, London Overground dan sebahagian National rail. Kalau dengan bas atau tram, hanya perlu touch in sahaja. Credit yang ada dalam OC akan ditolak berdasarkan kadar diskaun, berbanding bayar dengan tunai. Anda akan didenda secara automatik sekiranya tidak touch in atau touch out.

4. Caj untuk travel single journey dengan tube dalam zon 1 ialah £4 dengan tunai. Kalau menggunakan OC, kosnya £1.80.

5. Bas mempunyai flat rate samada anda travel dekat atau jauh. Rate pembayaran dengan cash ialah £2 manakala dengan OC £1.20. Sekiranya anda menaiki bas sahaja dengan menggunakan OC, maximum kredit yang akan ditolak dari OC dalam sehari (4.30am ke 4.30am next day) ialah £3.90.

6. Sekiranya anda travel dengan menggunakan tube sahaja atau tube dan bas selepas jam 9.30am weekday, sepanjang hari weekend, maximum credit yang akan ditolak ialah £6.30 kalau anda travel dalam zon 1-4.

7. Kos menaiki tube dari Heathrow ke Dollis Hill, station underground yang paling hampir dengan tempat penginapan, ialah £2.40 off-peak dan £4.20 peak time (weekdays sebelum 9.30am dan antara 4-7pm) kalau anda menggunakan OC. Dengan cash, kosnya ialah £4.50.

8. Deposit OC serta baki yang ada boleh dituntut di mana-mana station underground setelah anda menamatkan penggunaannya.

9. Kanak-kanak usia kurang 10 tahun boleh travel dengan percuma sekiranya ditemani oleh orang dewasa. Kanak-kanak antara usia 11-16 tahun yang travel dengan orang dewasa hanya perlu membeli one day travelcard kos £1. Kadarnya lebih mahal sekiranya travel sendiri.

10. Makluman lanjut di http://www.tfl.gov.uk/.
*

Day Trips

a) London
1. Centre of Attention 1 - Parliament, Big Ben, London Eye, London Aquarium, Westminster Abbey, Buckingham Palace, St James' Park, Horse Guards, Trafalgar Square.
2. Centre of Attention 2 - Regents Park Mosque, Regents Park, Madamme Tussaud, British Library, British Museum.
3. Pandang ke Timur - Tower Bridge, Tower of London, Greenwich.
4. Back to the Past - Natural History Museum, Science Museum, Victoria & Albert Museum, Royal Albert Hall, Harrods.
5. Shopping spree - Oxford Street, Brent Cross, Portobello Market, Wembley Market.

b) Sekitar London
1. Windsor Castle, Stonehenge, Bath
2. Brighton, Beachy Head, Eastbourne
3. Southend-on-Sea
4. Theme Parks - Legoland, Thorpe Park, Chessington
5. Paris - ambil keretapi Eurostar (http://www.eurostar.com/) awal pagi, around 5.30am. Perjalanan ke Paris mengambil masa 2 jam suku. Sempat ke Eiffel Tower, Arch de Triumph, Masjid Paris dan beberapa tempat lagi sebelum pulang ke London di sebelah malam. Boleh lunch kebab di sebuah restoran berhampiran Masjid Paris.

Berkereta di London

1. Lesen Malaysia boleh digunakan di UK selama setahun. Selepas itu perlu ambil lesen British. International licence biasanya diperlukan kalau anda travel ke continental Europe.

2. Agak convenient untuk membawa atau menyewa kereta di London, especially kalau travel ramai atau kalau ada senior atau junior citizen dalam group anda. Boleh cuba http://www.thrifty.co.uk/ dan http://www.enterprise.co.uk/. Pilih branches mereka di West Hampstead, London.

3. Parking restriction terdapat di kebanyakan kawasan di central London, termasuk tempat penginapan. Di kawasan ini umpamanya, parking permit diperlukan untuk meletak kereta antara 8.30am hingga 6.30pm weekdays. Kos untuk guest £2 per day. Kalau bayar di parking meter £1 hanya untuk 40 minit dan hanya boleh letak kereta selama 4 jam, kos £6.

4. Congestion charge dikenakan kalau memasuki pusat kota London weekdays antara jam 7am hingga 6pm. Rate £8 per day. Peta kawasan terdapat di http://www.tfl.gov.uk/tfl/roadusers/congestioncharge/whereandwhen/

5. Kos parking di city centre antara £1-£5 per hour, bergantung kawasan. Biasanya parking di meter free hari Sabtu selepas 1.30pm dan whole day Sunday. Anda boleh juga park di single yellow line pada masa tersebut.

6. Perhatikan sign post untuk parking restriction di kawasan residents di city centre. Parking di residential area berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain. Area Malaysian Hall contohnya parking restriction adalah setiap hari termasuk weekend sehingga jam 10pm. Ramai tidak perasan restriction ini sehingga terpaksa bayar denda £60 (kalau bayar selepas 2 minggu menjadi £120).

7. Satu lagi potensi dapat anugerah denda ialah dengan memandu di bus lane. Secara umumnya bus lane berfungsi antara jam 7-10am dan 4-7pm pada hari weekdays. Tetapi ada juga bus lane yang berkuat-kuasa setiap masa. Perlu perhatikan sign post di awal bus lane untuk tahu masa lane itu berfungsi. Denda £120 dikenakan kepada sesiapa yang merasakan keretanya itu bas. Denda ini dikurangkan menjadi £60 sekiranya dibayar dalam masa dua minggu.

8. Undang-undang jalan raya di UK lebih kurang Malaysia. Cuba elak dari parking di double line, zigzag line yang terdapat berhampiran pedestrian crossing, dan red lines samada single atau double. Zig-zag dan red lines adalah kes polis, bukan di bawah local council seperti yellow lines. Kalau anda berhenti di situ, polis yang akan bermain mata dengan anda, bukannya traffic warden.

9. Di simpang empat, traffic light hijau untuk jalan anda dan jalan dari hadapan anda. So perlu berhati-hati kalau membelok ke kanan.

10. Soalan yang biasa saya dapat berkenaan kereta di UK ialah kenapa ada plate kereta warna putih, ada warna kuning. Jawapannya, plate putih di hadapan, plate kuning di belakang kereta.

11. Saya boleh pinjamkan satnav kepada guest, subject to availability. Memandu di London dan UK mudah sahaja berbanding dengan negara lain termasuk Malaysia. Anda akan mampu untuk explore UK dengan lebih lagi kalau berani memberanikan diri. Panduan asas saya boleh berikan apabila tiba di sini nanti.
 
Free counter and web stats