Saturday, 17 May 2008

Pandu Arah ke Tempat Penginapan

Hala tuju : DENZIL ROAD, WILLESDEN, LONDON NW10 2UY
(Nombor rumah dimaklumkan semasa booking)
Anda dinasihatkan untuk membeli Oyster Card sebelum menaiki mana-mana London transport.



1. Kalau anda menaiki underground, station terdekat ialah Dollis Hill station, Jubilee line. Dari station ke rumah:

Keluar dari ticket barrier, ambil lorong kiri.

Exit stesyen ini terletak di selekoh Chapter Road.

Terus berjalan ke hadapan (jangan belok kiri) hingga ke jalan utama, Dudden Hill Lane. Lintas jalan tersebut, ambil kanan. Jalan yang pertama di sebelah kiri ialah Denzil Road. Landmark utama ialah North West London College.

Tempat penginapan terletak kira-kira 200 meter ke dalam, sebelah kiri jalan.

2. Dari Heathrow Airport:
Piccadilly line ke Green Park kemudian Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.

3. Dari Gatwick Airport:
Ambil train ke London Bridge kemudian Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.

4. Dari Stanstead Airport:
Ambil coach National Express ke London. Berhenti di Finchley Road station. Ambil Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.

5. Dari Luton Airport:
Ambil train kampung (bukan express) ke arah London, berhenti di Cricklewood train station. Lintas jalan, ambil bas 226. Kira-kira 15 minit jumpa North West London College di sebelah kanan. Berhenti di bus stop sejurus selepas college. Lintas jalan, turn right. First left ialah Denzil Road. Tempat penginapan kira-kira 200 meter ke dalam, sebelah kiri.

6. Dari National Express Coach Station:
Berjalan kaki, kira-kira 400 meter ke Victoria underground station. Ambil Victoria line ke Green Park, atau District line ke Westminster. Selepas itu Jubilee line ke Dollis Hill station. Kemudian ikut pandu arah 1.
.
7. Dari Golders Green (bagi yang menaiki National Express dari utara, advisable turun di sini instead of Victoria):
Ambil bas 226 dari bus stop GB towards Ealing Broadway. Kira-kira 30 minit jumpa North West London College di sebelah kanan. Berhenti sejurus selepas college. Lintas jalan, turn right. First left ialah Denzil Road. Tempat penginapan kira-kira 200 meter ke dalam, sebelah kiri.

8. Dari mana-mana main line train stations:
Ambil underground ke Dollis Hill station, Jubilee line. Kemudian ikut pandu arah 1.

9. Berkereta:
Sila dapatkan Tomtom anda di kedai kalau masih belum memilikinya. Alternatively boleh guna Google atau dapatkan pandu arah dari http://www.multimap.com/, dengan memasukkan poskod NW10 2UY.
.
10. Berjalan kaki:
Betul ke nak exercise ni?
*
*
PETA KEDUDUKAN GUEST HOUSE ANDA
Denzil Road terletak di antara Dollis Hill dan Neasden stations. Kedua-duanya Jubilee line. Rumah di bahagian tengah Denzil Road. Selamat mencari.
*

0 comments:

 
Free counter and web stats