
Guest house terletak di deretan rumah-rumah teres ini. Book dahulu baru tahu mana satu. Arch Stadium Wembley kelihatan di belakang sana. Guests yang datang pada hari Ahad akan berpeluang untuk bershopping di Wembley Market yang masyhur itu.
A. Bilik Master/Family
Bilik master merupakan bilik yang paling besar di tempat penginapan, satu setengah kali ganda bilik regular. Sebuah katil double terdapat di dalam bilik ini. Tilam double dan/atau tilam single disediakan untuk tetamu tambahan.

Selain daripada wardrobe dan chest drawer, TV, kerusi rehat dan meja tulis disediakan di dalam bilik master ini.
B. Bilik Regular
Terdapat dua bilik regular di tempat penginapan. Kedua-duanya mempunyai satu katil dua tingkat. Tingkat bawah double, tingkat atas single. Wardrobe dan meja tulis juga disediakan.
C. Bilik Emergency
Bagi yang kurang bernasib baik, anda boleh menginap di ER, emergency room, bilik emergency. Satu atau dua tilam double disediakan. Di samping TV, empat book shelves, floor to ceiling, terdapat di dalam bilik ini. Pelbagai jenis buku yang dapat memenuhi cita rasa anda, termasuk buku masakan, boleh diperolehi di sini.
D is for Dapur
Tempat penginapan mempunyai dapur/diner yang lebih besar than average. Dua buah meja makan dapat accommodate 10 orang tetamu. Selain daripada peralatan memasak, TV dan mesin basuh juga terdapat di sini. Boleh buat macam rumah sendiri, cuma kena bayar sewa sahaja.
9 comments:
Alhamdullilah saya dan keluarga telah tinggal di rumah ini pada 1/4/09-8/4/09 dalam rangka lawatan saya ke London dan Paris. Tempatnya mudah dicari kalau betul-betul mengikut arahan yang diberikan. Pengangkutan awam ke Kota London amat mudah dengan menggunakan Jubilee Line melalui stesyen Dollis Hill. Tuan rumah, En Ahmad baik dan sedia membantu walaupun beliau agak pendiam sikit macam saya juga. Makanan Halal memang mudah didapati samada makanan bermasak atau yang belum (maksud saya, ayam, daging dsbnya). Cuma kalau nak jimat tak boleh rehatkan isteri anda sepenuhnya masa dia kena masaklah. Kita tolonglah dia, duit yang jimat tu boleh bagi dia pergi shopping. Kalau kita boleh masak breakfast dan makan malam pun dan amat banyak boleh jimat. Tengahhari tu makan yang ringan-ringan sudahlah. Kalau makan di Malaysian Hall pun paling murah 6paun seorang. Ikan keli goreng berharga 7 paun (RM37.00)seekor. Masa saya tinggal disana, semua bilek penuh ditempah. Jadi keadaan agak sesak sikit. Tapi kita kena bijak menguruskan keadaan dan bertolak ansur serta menghormati tetamu lain, insyAllah semua akan berjalan dengan OK. Saya sempat berkenalan dengan keluarga dari Perak yang bekerja / belajar di Glassgow. Bahan-bahan masak ada antaranya disponser oleh tuan rumah. Tapi kalau tak cukup, beli tambah. Yang lebih tu kita wakafkan kepada tetamu selanjutnya. Dapat jugak buat pahala di Kota London. Kepada En Ahmad, saya difahamkan perniagaan home stay nya bertambah maju. Jadi kalau ada untung lebih tu bolehlah dilaburkan untuk meningkatkan kemudahan yang ada. Saya perhatikan kawasan belakang rumah tu agak besar dan boleh dimanafatkan untuk tempat rehat keluarga dan minum petang. Kesimpulanya saya gembira semasa tinggal di sana dan tempat ini adalah bersesuaian bagi budget traveller seperti saya dan keluarga. Terima kasih kepada usaha murni En Ahmad kerana menyediakan kemudahan sebegini untuk kita rakyat Malaysia.
Araif Kasa
Alor Setar Kedah
Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada En Araif dan keluarga yang datang menginap di guest house saya. Sekali lagi terima kasih kerana sudi menulis komen di blog ini.
Berkenaan dengan cadangan En Araif re garden belakang rumah itu, ianya dalam perancangan. InsyaAllah sedikit masa lagi ia boleh digunakan untuk BBQ dan berehat.
Assalamualaikum all,
Saya dan keluarga InsyaAllah akan menginap di tempat yg sama hujung bulan mei ni..hopefully semuanya berjalan lancar..can't wait to be there!
Salam
Saya dan family insyaAllah akan ke london hujung bulan Mei ni..dan akan menginap di tempat En Ahmad..can't wait to be there!Hopefully everything goes well..amin...
Sarahnazuha
Putrajaya
Malaysia
Wsalam Puan Nazuha,
I am waiting for you and family. I hope you will be 'at home' over here. Moto Home & Away Guest House ini, 'You are at home whilst being away'.
Wassalam
Ahmad
saya dan kawan-kawan akan datang menetap di rumah encik Ahmad bulan Mei nanti.
tak sabar rasanya nak ke sana. heheh.
btw, saya setuju dengan cadangan encik Araif. hehehe walaupun tak penah ke sana.
saya and 2 org kawan akan ke sana bulan 9 ni.. harap2 ada tempat utk kita :P
Sila emailkan ke tinggal247@yahoo.com sekiranya anda ada enquiry berkenaan dengan reservation dan availability.
En. Ahmad, saya pernah menginap di sini selama 4 hari in April 2008. Kami 6 sekeluarga with a small baby at that time. Your house was under renovation...I still remember.After a year...I can see there's a lot of improvement. Syabas !
Post a Comment